Thursday, 29 December 2011

Urap Jantung Pisang

Tiba2 la anda ternampak pokok pisang dekat rumah anda  mengeluarkan jantung pisang.Tapi, tak tahu nak buat apa.So,apa kata anda cuba resepi di bawah.Mudah dan sedap....Selamat Mencuba!!!


URAP JANTUNG PISANG



Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang (dihiris nipis dan direbus empuk )
12 kacang botol (dihiris nipis )
2 genggam tauge (dicelur atau rendam dalam air panas sekejap)
1 cawan kelapa parut
3 sudu besar udang kering
5 ulas bawang merah
3 biji cili padi (boleh dillebihkan sekiranya mahu pedas)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
garam secukup rasa
4 biji limau kasturi (diambil airnya)

Cara-cara:
1. Campurkan jantung pisang, kacang botol dan tauge dalam satu bekas.
2. Kelapa parut dan udang kering digoreng kering tanpa minyak sehingga kekuningan.
3. Tumbuk sehingga halus kelapa parut, udang kering, bawang merah dan cili padi.
4. Gaulkan bahan 1 dan 3 bersama serta masukkan lada hitam, garam secukup rasa dan air limau kasturi.Gaul sebati.
5. Rasakan dan siap untuk dihidang.

Wednesday, 28 December 2011

Pai Pisang


Sumber: Blog PeriukTanah


Bahan-bahannya:
Kulit Pai
150 gm tepung gandum (diayak)
1/2 sudu teh gula aising
65 gm mentega sejuk (dipotong dadu)
45 ml air ais


Cara-cara menyediakan:
1. Campurkan tepung, gula dan mentega. Gaul ramas hingga menjadi serbuk roti. Campurkan air dan uli hingga menjadi doh. Masukkan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
2. Sediakan loyang pai berukuran 8 inci. Lenserkan dengan marjerin. Keluarkan doh daripada peti sejuk dan canai mengikut saiz loyang. Letakkan ke dalam loyang. Cucukkan dengan garfu untuk menghilangkan gelembung udara ketika masak. Panaskan oven ke suhu 200 darjah C. Masukkan loyang dan bakar selama 10 minit.


Kastard:
1 biji telur
2 biji kuning telur sahaja
3 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu sejat


Topping:
5 biji pisang awak/emas dihiris nipis
1 sudu besar gula pasir/perang


Cara-cara:
1. Pukul semua bahan menggunakan 'whisk' hingga sebati. Masukkan ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan hingga campuran pekat. Kacau sentiasa agar tidak hangus.
2. Tutup api dan tuang kastard ke atas doh pai. Susun hirisan pisang di atas kastard dan taburkan gula pasir di atas pisang. Turunkan suhu ke 160 darjah C dan bakar pai selama 20 minit. Keluarkan dan sejukkan sebelum dihidang.



Sunday, 25 December 2011

Ikan Pekasam


Bahan-bahan ( 6 ekor ikan puyu @ sepat @ talapia@ lain2 ikan sungai )
·         6 ekor ikan 
·         1 cwn garam kasar 
·         1 cwn beras yg digoreng kering sehingga kekuningan
·         Sedikit gula

Cara-cara menyediakannya:
1.    Bersihkan ikan, lumurkan ikan dgn garam biar rata, masukkan ikan ke dlm bekas yg boleh ditutup. Biarkan semalaman.
2.    Kisar beras goreng tadi sehingga halus. Keluarkan ikan dari bekas, kemudian basuh ikan dan sejat airnya. Taburkan sedikit gula dan lumurkan beras pada ikan . Susun ikan di dalam bekas bertutup dan biarkan semalaman.
3.    Selepas semalaman, masukkan dlm peti sejuk utk tahan lebih lama(jangan simpan di tempat beku)
4.    Kemudian bolehlah digoreng ikan pekasam sehingga garing. Untuk lebih 'KICK' taburkan bawang merah dan cili kering yg digoreng garing. Siap sudah ikan pekasam yang sedap....

Selamat Mencuba!!

Sunday, 18 December 2011

Beg Deuter Untuk Dimiliki!!


CROSS AIR DEUTER : RM100.00

Sistem Ventilasi Untuk Keselesaan Si Pemakai

Diantara Pilihan Warna Kelabu, Kuning, Hitam, Merah, Hijau, Biru Gelap dll

Jahitan Tag DEUTER Yang Sangat Kemas

Kualiti Terjamin

Imitasi Gred AAA

Buckel Yang Tahan Lasak

Sememangnya Sesuai Dibawa Berkhemah

Buckle (hadapan)

Buckle (belakang)

Tag Didalam Beg (hadapan)

Tag Didalam Beg (Belakang) bernombor siri

Sememangnya Lasak, Bergaya, dan Pada Masa Yang Sama, Lebih Jimat

BERMINAT?
Hubungi nombor ini 013-2107188.
Cepat!!! Selagi stok masih ada...