URAP JANTUNG PISANG

Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang (dihiris nipis dan direbus empuk )
12 kacang botol (dihiris nipis )
2 genggam tauge (dicelur atau rendam dalam air panas sekejap)
1 cawan kelapa parut
3 sudu besar udang kering
5 ulas bawang merah
3 biji cili padi (boleh dillebihkan sekiranya mahu pedas)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
garam secukup rasa
4 biji limau kasturi (diambil airnya)
Cara-cara:
1. Campurkan jantung pisang, kacang botol dan tauge dalam satu bekas.
2. Kelapa parut dan udang kering digoreng kering tanpa minyak sehingga kekuningan.
3. Tumbuk sehingga halus kelapa parut, udang kering, bawang merah dan cili padi.
4. Gaulkan bahan 1 dan 3 bersama serta masukkan lada hitam, garam secukup rasa dan air limau kasturi.Gaul sebati.
5. Rasakan dan siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment