Wednesday, 28 December 2011

Pai Pisang


Sumber: Blog PeriukTanah


Bahan-bahannya:
Kulit Pai
150 gm tepung gandum (diayak)
1/2 sudu teh gula aising
65 gm mentega sejuk (dipotong dadu)
45 ml air ais


Cara-cara menyediakan:
1. Campurkan tepung, gula dan mentega. Gaul ramas hingga menjadi serbuk roti. Campurkan air dan uli hingga menjadi doh. Masukkan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
2. Sediakan loyang pai berukuran 8 inci. Lenserkan dengan marjerin. Keluarkan doh daripada peti sejuk dan canai mengikut saiz loyang. Letakkan ke dalam loyang. Cucukkan dengan garfu untuk menghilangkan gelembung udara ketika masak. Panaskan oven ke suhu 200 darjah C. Masukkan loyang dan bakar selama 10 minit.


Kastard:
1 biji telur
2 biji kuning telur sahaja
3 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 cawan susu sejat


Topping:
5 biji pisang awak/emas dihiris nipis
1 sudu besar gula pasir/perang


Cara-cara:
1. Pukul semua bahan menggunakan 'whisk' hingga sebati. Masukkan ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan hingga campuran pekat. Kacau sentiasa agar tidak hangus.
2. Tutup api dan tuang kastard ke atas doh pai. Susun hirisan pisang di atas kastard dan taburkan gula pasir di atas pisang. Turunkan suhu ke 160 darjah C dan bakar pai selama 20 minit. Keluarkan dan sejukkan sebelum dihidang.



No comments:

Post a Comment